Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia
yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan semula
Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan
(LLPPKK) yang ditubuhkan pada 1971. Nama MLVK telah ditukar
kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta
652) berkuatkuasa bermula 1 September 2006.
Bagi memperkasa tujuan penubuhannya,
JPK telah diperkukuhkan dengan penempatan Pusat Latihan Pengajar dan
Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah pengurusan Jabatan ini
serta penubuhan enam (6) pejabat wilayah mengikut zon iaitu JPK
Wilayah Tengah, JPK Wilayah Selatan, JPK Wilayah Utara, JPK Wilayah
Timur, JPK Wilayah Sabah & Labuan dan JPK Wilayah Sarawak.