Kolej Komuniti Pagoh
Penubuhan Kolej
Komuniti Pagoh adalah untuk memberikan latihan serta kemahiran terutama
kepada pelajar
lepasan SPM dan komuniti setempat. Selain itu, Kolej Komuniti Pagoh juga
bertindak melahirkan tenaga kerja mahir melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) atau lebih mudah dikenali sebagai kursus pendek. Kursus tersebut
ditawarkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu
pengetahuan bagi meningkatkan pendapatan warga setempat.