mall
COMPANY INTRODUCTION STRATEGY PARTNER CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY CSR AWARDS AND HONORS

Kolej Vokasional Tawau

Moto Kolej Vokasional: "bersama membina masa depan". Huruf K dan V melambangkan litar-litar seperti garisan dalam

microcircuit yang merupakan binaan asas dalam bidang elektronik dan robotik la juga merupakan tunjang dalam sistem "cyber-

physical' di era IR4.0. Huruf ini juga sebagai perlambangan sebuah pusat transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Bentuk

segitiga satah condong (inclined plane) melambangkan jenis mesin ringkas. la juga adalah simbolik kepada sebuah pelantar yang

menjadi teras mendokong kestabilan KV sebagai sebuah institusi kemahiran. Satah condong ini juga bertindak sebagai "ramp"

atau tanjakan untuk KV melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Simbol " right" / "v" melambangkan maksud "yes" / "betul" iaitu KV

sebagai sebuah institusi pilihan yang tepat , betul dan siap terbukti relevan dan kontemporari. KV juga merupakan institusi pilihan

tepat yang menawarkan pelbagai jenis kemahiran untuk memperkembangkan potensi diri pelajar-pelajarnya dalam

memantapkan kompetensi diri seiring dengan kehendak industri.

 

Menggunakan tiga (3) warna iaitu:

1. Biru tua: Melambangkan kematangan sebuah institusi kemahiran yang unggul dan berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan profesional dalam pelbagai bidang kemahiran.

2. Jingga/Oren: Melambangkan kaedah pembelajaran yang kreatif dan inovatif dan menggalakkan pelajar agar sentiasa berinovasi.

3. Merah: Perlambangan semangat jati dir yang kental dan kekuatan yang dimiliki untuk mencapai cita-cita.