Kolej Vokasional Tawau
Moto Kolej
Vokasional: "bersama membina masa depan". Huruf K dan V
melambangkan litar-litar seperti garisan dalam
microcircuit yang
merupakan binaan asas dalam bidang elektronik dan robotik la juga merupakan
tunjang dalam sistem "cyber-
physical' di era IR4.0. Huruf ini juga sebagai
perlambangan sebuah pusat transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Bentuk
segitiga satah
condong (inclined plane) melambangkan jenis mesin ringkas. la juga adalah
simbolik kepada sebuah pelantar yang
menjadi teras
mendokong kestabilan KV sebagai sebuah institusi kemahiran. Satah condong ini
juga bertindak sebagai "ramp"
atau tanjakan
untuk KV melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Simbol " right"
/ "v" melambangkan maksud "yes" / "betul"
iaitu KV
sebagai sebuah
institusi pilihan yang tepat , betul dan siap terbukti relevan dan
kontemporari. KV juga merupakan institusi pilihan
tepat yang
menawarkan pelbagai jenis kemahiran untuk memperkembangkan potensi diri
pelajar-pelajarnya dalam
memantapkan
kompetensi diri seiring dengan kehendak industri.
Menggunakan tiga
(3) warna iaitu:
1. Biru tua:
Melambangkan kematangan sebuah institusi kemahiran yang unggul dan berupaya
melahirkan modal insan berkemahiran dan profesional dalam pelbagai bidang
kemahiran.
2. Jingga/Oren:
Melambangkan kaedah pembelajaran yang kreatif dan inovatif dan menggalakkan
pelajar agar sentiasa berinovasi.
3. Merah:
Perlambangan semangat jati dir yang kental dan kekuatan yang dimiliki untuk
mencapai cita-cita.